merujuk kepd tajuk di atas, "hari ini baru aku tau..." bermaksud aku telah mendiscover sesuatu yg selama ini aku tau tetapi tidak tau maksud sebenar.. bukan nya bermaksud, hari ini, baru aku tau, seperti - baru kau tau! ala2 skill org sabah..wakaka.

okay. balik ke topik asal. selama ini aku memang tau maksud bagai melepaskan batuk di tangga.
ya, memg la maksudnya ibarat melakukan sesuatu yg sia2. tp kenapa peribahasa itu bermaksud sebegitu.. ianya bermula apabila ibunda ku bertanya jika aku memahami maksud peribahasa tersebut. memg aku paham tapi bila beliau bertanya kan maksud batuk tu, aku diam2 saja. aku fikirkan selama ni batuk tu bermaksud uhukk uhuukk, alaaa, batuk tu bah. rupanya rendah sungguh tahap penguasaan bahasa melayu ku. huhu..

batuk yg dimaksudkan dlm peribahasa itu bermaksud batok (ejaan asal) berasal dr bahasa jawa yg bermaksud tempurung kelapa. apa kena mengena tempurung tu dgn peribahasa tu? ok. kalau zmn dulu2 mesti ada tempayan di bahagian tangga depan rumah kan? klu kamu ndak igt, cuba kamu igt2 cerita Nujum Pak Belalang. ada scene menunjukkan si Belalang menyiram kaki beliau. (org melayu dulu2 memg pembersih. klu mau masuk rumah, mesti cuci kaki. org melayu skrg, ada yg siap pakai kasut lagi masuk kerumah.) dulu2 manada gayung mcm sekrg kan? bentuk2 love la, warna warni lagi gayung skrg ni, besar, kecik, smua bentuk ada.. tapi zmn dlu2 guna tempurung jak kan?

so kaitan peribahasa tu dgn maksud sebenar ialah, lepas kita cuci kaki, tempurung tu mestilah kita simpan semula ke dlm tempayan tu kan. tp ada org yg lepas guna tempurung, diletakkan begitu sahaja di atas tangga. tak ke sia2 tu? tak de faedah pun perbuatan tu. haha.
kesimpulannya, akhirnya aku faham maksud peribahasa tu shgga ke akar umbi. tahniah untuk ku.

(ntah btul atau tidak, aku x peduli! ini ikut fahaman ku.. sukati ku la. haha)

2 COMMENT(S):

erk..arini cekgu mengajar di dlm blog beliau ;p timakaseh cekgu..hihi.

huhu..
len kali c.s ngajar lagi.

About Me

My photo
Sabah, Malaysia
just an ordinary every day girl | likes to sleep. huhu | loves to read | a good listener Uwekkk ;p | friends she has, she keeps |

mari berkurapak


ShoutMix chat widget