Okay lah.. Ini sesi imbas masa lalu ni..
Tahun lalu, aku merupakan pengunjung setia sebuah blog (aku x tau apa penjodoh bilangan bagi blog).. di blog tu, ramai la kawan-kawan yang boleh berkongsi pendapat dan informasi..
disebabkan itu blog pertama yang aku kenali, dan boleh lah dikatakan sebagai ahli tetap yang aktif, aku turut publish hasil tulisan aku. -- sampai ari ni aku sangat pelik dengan diriku. kenapa tahun lalu aku boleh menulis artikel? kenapa aku boleh berbahasa dengan baik dalam menyampaikan cerita dalam artikel tu? tapi sekarang ni, di blogku sendiri, aku x boleh menulis secara serius. aku tiada idea dan aku tak mampu menulis dengan serius.. kenapa rasanya? aku rasa mungkin kerana aku sangat pemalas. dan aku memang sangat malas untuk menulis. tiap ari apa saja yang aku lihat atau lalui, aku akan pasang niat untuk tulis di blog ni.. tapi bila dah online, memang aku dah xda nafsu mau menulis secara serius..
kembali kepada cerita utama.. (ini la antara punca kenapa aku malas mau menulis. ini kerana setiap kali menulis, aku selalu terlari dari topik utama).
beberapa jam yang lalu, adik aku call aku. ingatkan ada benda penting. tapi memang penting jugak pun motif beliau call aku. dia beritau dia terbaca artikel aku di blog orang lain, di upload oleh orang lain. Ya, artikel ku. pertama kali dengar, aku macam "eh, artikel ku pun ada jugak orang mau copy and paste?" "eh macam x logik jak."
selepas tu, aku pun cek la website tu. dan aku mendapati memang hasil tulisan ku yang diupload oleh orang tu.rasa kelakar pun ada sebab alahai, kalau artikel ilmiah tu, aku x kisah. ambil jak lah bah kan? tapi artikel yang setakat gitu2 pun ada jugak orang berminat. haha..
So ari ni baru la ku rasa apa perasaan manusia2 yang telah diciplak hasil karya mereka.. (ceh, aku perasan pulak jadi karyawan,penulis atau seniman) haha.. betapa kasihannya mereka yang bersusah payah mencari ilham, menghabiskan masa untuk berkarya, tapi orang lain mengambil kesempatan dan mencuri karya mereka. mesti mereka rasa sedih dan pedih kan?
tapi dalam situasi ku di sini, aku berkeras untuk meminta royalti dari manusia itu. haha.. setakat artikel santai yang tiada nilai sastera, aku rasa tiada masalah dengan hal ini. oleh itu, kepada semua yang pernah aku rujuk hasil karya mereka, yang aku pernah siarkan di blog ini, saya minta maaf jikalau saya tidak pernah meminta keizinan dari anda.
Sekian.