Bila kawan anda sibuk nak buat entry semata-mata nak ikut contest yang menawarkan hadiah utama RM50 + RAM 1G DDR2, anda tak buntu ke? ingatkan hadiah yang ditawarkan tu satu tiket pergi balik KL - MILAN ka, penginapan 3 hari 2 malam kat Burj Al- Arab ka, aku x hairan la dia sanggup membuntukan diri mencari idea kebuntuan semata-mata mau menyertai contest buntu dan seterusnya memenangi contest itu dan membuntukan peserta lain dengan menyapu hadiah utama. kalau kawan aku tu menang contest tu dengan mencipta dan mengarang entry pasal buntu yang menarik, aku tak kisah dia menang, sebab orang lain yang akan buntu dengan kemenangan beliau. tapi kalau dia kalah, aku yang akan buntu memikirkan kekalahan beliau yang bersusah-payah mencari idea untuk entry buntu semata-mata nak join contest sedangkan beliau sendiri pun buntu nak cari idea.

kalau ikutkan hati, aku pun memang buntu nak ikut contest boonto ni. tapi memandangkan sahabat aku sorang tu, amatlah berminat menyertai contest sedemikian rupa, yakni contest2 yang berdasarkan entry-entry blogger yang menarik, so aku pun secara tak langsung tergerak hati nak try. menang tak menang, tak pe. ini first time. kalau menang aku lagi buntu dari peserta lain, sebab entry aku memg tak menarik dan memg kebuntuan.

kalau nak menyahut cabaran encik boonto, aku rasa aku memang tiada idea. aku sangat buntu, u all lagi lah buntu membaca entry aku yang tiada hala tujuan hidup ni. tapi aku saja nak kongsi situasi-situasi buntu yang aku terpaksa lalui sepanjang bulan ni.

situasi 1 :
tet tett... (mesej menyelubungi hand phone ku) Sekitar pukul 7.23 malam - 14 April 2009
cik Choki : urgent ni! Kena buat entry pasal buntu. tp i mmg betul2 buntu. boleh bagi idea?
(apesal minah ni. konon urgent, igtkan kesusahan apantah. rupanya nak minta idea buat entry. )
cik Santai : contest eh? (msj terpaksa diedit dan ditebas bagi mengelakkan kebuntuan pembaca)
haaa. dari sini la asal usul kebuntuan i pasal contest buntu ni. cik Choki memang penyebab i kebuntuan

Situasi 2:
sekitar 8.20 malam - 14 April
dengan curiosity yang tinggi, aku pun try la tengok blog yang menganjurkan contest buntu ni. aku pun tergerak hati jugak nak join. tapi.... bila terbaca ayat ni....
Tarikh Tutup Pertandingan ini= Sebulan dari sekarang iaitu 15hb April 2009
aku kebuntuan. aish. patutla kawan i CIk Choki kebuntuan dan kegersangan idea. haha. apasal la i baru tau contest ni..

Situasi 3:
birthday encik JRY sama dgn my mom. i dah ready hadiah untuk my mom. masalahnya, duit i tak masuk2 lagi. birthday 5 hari lagi. camana ni.. kebuntuan la. mana nak carik duit.

Situasi 4:
sila baca blog ini http://gapuranetwork.net/slickerzart/boonto/ .
saya teramat buntu bila membaca entry beliau. sakit otak i jadinya.

situasi 5:
YM ( BUZZ)
cik Choki : nak tengok lirik? (lirik lagu untuk entry buntu)
(heh. die ingat dia bleh menang setakat buat lagu macam tu. cis.. --hasad dengki memenuhi ruangan hati kerana i semakin buntu utk cari idea utk contest ini. haha)

situasi 6:
peristiwa ini dialami oleh kawan aku pada petang tadi. beliau merupakan seoran guru BI.
Cik E : Ok Class. please write ur essay titled The Person I Adore the most. i give u 30 minutes.
seorang pelajar ala-ala nyah lelaki yg lembut datang menemui Cik E.
Pelajar : cikgu! boleh ka saya tulis M....... (bunyi mcm batery habis)
Cik E : sapa?
Pelajar : Bolehka kalau saya tulis Mas Idayu?
(rakan i serta merta kebuntuan.)

mungkin anda sudah dapat memahami maksud buntu dari contoh-contoh di atas. kalau anda masih tidak faham, sila membaca entry peserta-peserta lain di BOONTO

sekian. wabillahi taufik walhidayah, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

nota kaki kuku tangan dan telinga : i suka suki tulis entry ni sekadar untuk memeriahkan contest ni. segala kekalahan saya, saya sudahi dengan mendedikasikan entry ini kepada Encik JRY sempena menyambut hari penambahan unsur-unsur penuaan dalam dirinya.

lagi pesanan : entry cik choki dan Slickerzart memang menarik.

5 COMMENT(S):

eh! ni yang i nak berperibahasa ni. harapkan pagar, pagar makan padi. hampagas punya santai. patut la limited je idea u. u pun masuk ye? hahaha

ceh. u perkotak-katikkan lagu yg i dgn rizal reka ye. siap la u nanti

p/s : i rasa entry u tak buntu mcm org lain. buntu yg kelakar. i like. hehe

wakakaa.
eh nyah. i kebuntuan tau.
i tak masuk untuk menang la.
i saje je memartabatkan contest buntu. wakakaaa.

haha... entri ko ni aku bleh tafsirkan sbg entri disebalik tabir penyertaan cik chokilala utk contest buntu tersebut..haha...

baru gua tau cmni rupanya smgt cik choki join kontes aku tuh..hoho...tp tengs gak la wat korang berdua, time busy di musim xm ni, ada gak masa korng meluangkan masa utk benda camni..hehe

ko xda sumbng idea merosakkan lirik lgu imran ajmain tu?haha

eh takde. i sopan santun. berbudi bahasa. takkan la aku nak rosakkan hasil karya orang lain..
kan cik choki?
kan? kan?

aku kebuntuan melihat pembuntu pembutu berusaha membuntukan diri bg maeraih kejayaan peraduan buntu membuntu itu.jadi kepada pembuntu pembuntu diharap agar korang tidak terus buntu dan buntut korang selamat dari berasa kebas kerana membuntukan diri di depan pc dengan lamanya..akakaka...

About Me

My photo
Sabah, Malaysia
just an ordinary every day girl | likes to sleep. huhu | loves to read | a good listener Uwekkk ;p | friends she has, she keeps |

mari berkurapak


ShoutMix chat widget