wow.. ini entry daku yg ke 150. tahniah.. dah tua blog ni..
dlm pada daku mempersibukkan diri utk menuju hari konvo, aku mengalami satu kejadian misteri.
haha.. bukan la.. kemaren, aku mengalami kesengal2an gusi yang tidak terlalu kronik. jadi aku tidak terniat utk mencari punca dan menyiasat apa punca atas kesengalan itu. tetapi, sejurus aku bangun pagi ini, aku merasa denyut2 pada gusi,iaitu denyutan yang luar tabii biasa. perasaan ingin tahu mengenai kecederaan gusi aku ni datg tanpa diundang dan ia membuak2 sehgga tanpa kesedaran kaki ku melangkah ke arah cermin utk melihat punca2 yg aku ingin rungkaikan. ups.. alangkah terkejut nya diri i bila melihat gusi i koyak rabak. aku pun diselubungi kesawanan dan ketakutan. ya la, klu gusi koyak, terpaksa la daku pg hospital utk menjahit gusi ku. aku memg sgt takut dgn doktor gigi. huhu.. tapi yg lagi daku musykil, aku bukannya makan batu, camana pulak gusi leh pecah mcm tu?

dlm pd masi berperasaan takut, aku masi menilik2 dan membelek2 imej gusi ku di cermin tu. ish ish.. patutla gusi ku terkoyak dan pecah, gigi geraham yg paling hujung atau nama singkatnya gigi bongsu tumbuh. gigi tu dah ada, so, gusi jak la memecahkan diri utk menonjolkan diri gigi baru ku tu. wah. baru i tau mcmn proses pertumbuhan gigi bongsu. yang aku risaukan, sejak dari dulu, aku diberitau klu gigi bongsu tumbuh, gusi akan sakit, membengkak dan pemilik gigi mengalami demam. ntah la demam panas or demam sejuk. ini la yg aku risaukan ni.. coz 2 - 3 ari lagi aku mau konvo. macamana ni.. ish... daku kerisauan.. aku ada snap kecederaan gusi ku tu, tapi gmbr itu tdk dpt dilampirkan di sini. huhu..

setakat skrg ini, pada pukul 10.38 malam, gusi ku berdenyut2 dan membengkak. gigi geraham yg berhampiran gigi baru tu pun mengalami kesakitan. aku mengalami kesukaran utk mengunyah pada gigi bahagian kiri. dan aku sudah mula merasa kesakitan tekak yg suam2 kuku. agaknya, aku diserang demam ka ni ya dua tiga hari ni? ermm apa2 pun, aku tggu dan lihat jak la..

0 COMMENT(S):

About Me

My photo
Sabah, Malaysia
just an ordinary every day girl | likes to sleep. huhu | loves to read | a good listener Uwekkk ;p | friends she has, she keeps |

mari berkurapak


ShoutMix chat widget