semalam seperti yang dijangkakan, lampu-lampu rumah berehat selama sejam dari kesibukan bertugas setiap malam.oleh kerana sejak bulan ini aku jadi penasihat kelab pencinta alam di sekolah ku, (i memg cintakan alam ok) aku matikan lampu lebih awal dari kempen tu. saja mo tunjuk2 dgn orang ramai yang aku ni prihatin dengan keadaan dunia yang tenat. cheh.. bukanlah. sebenarnya aku sgt tidak sabar menunggu pukul 8.30 malam. sangat lambat. biasa la kan, sabah kan jauh lebih awal dari semenanjung. dari pukul 7 malam aku x habis2 tgk jam. tunggu punya tunggu punya tunggu, bulan tak muncul-muncul. eh silap. itu skrip p.ramlee. lebih kurang jam 8 lebih, aku matikan semua lampu d rumah aku ni sambil-sambil tgk berita. wah. sangat meneruja kan la. x sabar tunggu 8.30 malam. mo tengok keadaan sekeliling yang gelap.
bila sudah sampai jam 8.30, aku tengok rumah-rumah lain, maintain jak dengan lampu diorang. aku anggap jak la jam di rumah dorg lambat. bukan mcm jam di hp ku yg awal 33 minit dari waktu biasa. haha. mungkin aku ikut waktu manila. tapi hindi! hindi ako pinay. haha..8.40 2 rumah lain bergelap gelita. syabas, mereka prihatin terhadap kempen ni. tapi masi ada lagi rumah-rumah lain yang masih terang benderang. dalam jam 9 macam tu, aku tgk lagi keadaan sekeliling. wah. ada 2 lagi rumah lain yang support kempen ni. yang rumah masih terang benderang tu, aku dah rasa geram tengok rumah diorang. "OIIIIIIII.. kasi OFF bah lampu!!"
tapi dalam hati jak lah. peduli lah diorang. geram memang jugak la geram, sebab diorang tu kiranya orang yang berpendidikan jugak. tapi mungkin diorang x faham tu earth hour. peduli lah kamu situ. menyampah i.

apa yang i maksudkan earth hour x best ni, sebabbbbb.. rakyat malaysia masi x faham dan tidak prihatin terhadap alam sekitar. ok la kalau diorang malas mau ambil tau. tapi kempen ni bukan berpuluh-puluh kali di buat. ini kali pertama ok! bagilah sokongan. malu kita kalau sikit jak rakyat malaysia support kempen ni. ntah-ntah negara lain jauh berbeza dengan negara kita. nanti orang cakap ndak da kesedaran sivik pulak rakyat malaysia ni. tapi i malas la mau cakap lebih-lebih. itu hak diorang. pandai2 la kamu.

oh ya. sebenarnya i sangat teruja pagi kemaren, konon-konon mo post entry dengan pic-pic yang vogue sempena lawatan sambil belajar kelab pencinta alam dan kelab setia smkja ke kilang coklat yang menjadi pembekal utama coklat dunia. coz mutu koko diorang ni paling baik di dunia. diorang bekalkan serbuk koko untuk nestle, cadbury, ovaltine, banyak lagi lah. of coz la kilang koko di tawau ni kan? tapi disebabkan diorang tipu, diorang cakap diorang jual product di kilang dengan harga kilang. sangat murah. kalau beli di luar, harga dah mahal. masa tu i dah teruja mau melayangkan kepingan duit i. tapi bila habis jak sesi lawatan, dan kami dibenarkan membeli-belah, tuikhh. sangat mahal harga yang diorang tetapkan. i bukan tak mampu. mampu beli product u all tu. tapi aku masi ingat lagi harga coklat syrup yang i beli semggu lebih yang lalu, rm8.90 okay. i beli diservay. di kilang tu, diorang jual RM13. huh! sangat jauh harganya kan? sebab tu aku cancelkan niat mo kempen kilang koko terhebat tu n post entry di blog ni.
tapi memandangkan 3 orang guru beshopping-shopping, dan ramai jugak murid membeli product diorang, malu pulak i kalau x membeli. jatuh standard i. so untuk cover-cover malu, i beli jugak la **** 3 in 1 1KG yg berharga rm18. wakaaka.. x pa lah. sedekah sama tuan punya kilang.

wahai warga dunia, mari kita adakan lagi kempen earth hour yang lebih sukses.

4 COMMENT(S):

Cikgu, yang peting kita faham. Saya tak padam pun! Entah lah I tak minat nak ikut, cuma tumpang 'seronok' orang padam lampu!

Kalau dah tahu mahal, buat ape beli? Kalau saya, langsung saya tak beli...duit kita, kia punya suka la...

p/s: nak sgt2 tengok ldg koko kat tawau!

ye ye..
betul tu pandgn cikgu.
x guna jugak kan kalau padamkan lampu tapi waktu lain2, masih membazir-bazirkan electric.
yg penting, mesej yang di sampaikan tu difahami.

saja beli yang saya beli tu di kilang tu je ade jual. tapi sebenarnya seronok jugak g kilang koko tu kemaren. banyak info yg kami dpt.

len kali, datg la tawau buat lawatan pegi kilang koko tu. sebelum sek kami dtg kilg koko tu, ada rombgn dari KL. rombongan cikgu sonata bila lagi?

hermmm sama la.. di kg muhibbah ni pun tak banyak yang tutup lampu.. banyak buat bodo jak.. huhu

aku sokong kalau buat lagi kempen...

Aku tak pernah lagi pg kilang coklat tu... hermmm

Adry @ http://www.adrysabry.com

haaa... same lah mcm kat kl. cw tutop lampu awal gak sbb jam cw cepat 14 minit. hehe. pastu kengkunun lepak kat balkoni sbb nak tgk pemandangan kl waktu Earth Hour. hmm, hampehhhhh jerrrr.. terang benderang je kl tu. sibbaik KLCC & KL Tower tutop lampu. haaih, malu ai jadi warga kl *tutop muka*

btw, slalu cantu la..kita ingatkan harga kilang lg murah, tp sebnanya byk je kilang2 amek kesempatan jual brg dorang dgn harga mahal..

About Me

My photo
Sabah, Malaysia
just an ordinary every day girl | likes to sleep. huhu | loves to read | a good listener Uwekkk ;p | friends she has, she keeps |

mari berkurapak


ShoutMix chat widget