1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yanglebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dandoa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, makaberistighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginyasetiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosaseperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satutegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, makaAllah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlasuntuk membela agama Allah s. w. t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpamaorang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yangtakutkan Allah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah laludiberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklahmendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yangmenyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w. t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintusyurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yangsoleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yanglebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., "Suaminya"."Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s. a. w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablahpanggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginyaselama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintuneraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yangdia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabis. a. w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuanatau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsandalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwaserta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r. a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripadaanak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akanmenjadi penghalang baginya daripada api neraka."

0 COMMENT(S):

About Me

My photo
Sabah, Malaysia
just an ordinary every day girl | likes to sleep. huhu | loves to read | a good listener Uwekkk ;p | friends she has, she keeps |

mari berkurapak


ShoutMix chat widget