Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah."

"Kal
au kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita." ~salam maal hijrah~

very-very sad because my old friend, telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. kereta yang di pandu oleh suaminya telah melanggar belakang lori yang masuk ke simpang di hadapan kereta diorg. sahabat ku teolah menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian dan suaminya meninggal dunia di klinik berhampiran beberapa minit selepas di bawa ke klinik tu. sangat sedih sebab allahyarhamah dan allahyarham telah meninggalkan 3 orang anak..
ya Allah. kesian sangat2.. aku sempat berjumpa arwah tahun lalu.. dan sempat berbual sekejap ketika suaminya di tahan di hospital.. kali pertama berjumpa selepas darjah 6. masa tu wlupun lama x jumpa tapi terasa masi macam dulu2 macam time sekolah rendah. sebab dulu aku memg rapat jugak dengan dia. benda ni betul2 mengejutkan semua orang.. friends, family n kampung diorg.. dan menjadi peringatan buat semua insan. drive la dengan penuh berhati2..
Semoga allah menempatkan mereka di Jannah. doa ku untuk mu sahabatku..

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with d wedding plan!=) At the end, choose d people u want to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's because I want to know about u! =)


1. how old are you?
~ 25

2. are you single?
~ single

3. at what age do you think you'll get married?
~ x tau...

4. do you think you'll be marrying the person you are with now?
~ skrg? tiada..

5. if not, who do you want to marry?
~ jodoh i d loh mahfuz. haha

6. who will be your bridesmaid & bestman?
~ ermm x tau lagi

7. do you want a garden/beach or traditional wedding?
~ simple2 saja

8. where do you plan to go on honeymoon?
~ bora2 kali hehe

9. how many guests do you think you'll invite?
~ terpulang dgn ayahanda dan bonda

10. will that include your exes?
~ emm

11. how many layers of cake do you want?
~ 1 kali

12. when do you want to get married, morning or evening?
~nikah pagi atau tghari.. majlis petg n mlm la.

13. name the song/tune you'd like to play at your wedding.
~ instrumental shja

14. do you prefer fine dining or just normal spoon&fork?knife?
~ normal

15. champagne or red wine?
~ dua2 tiada dalam senarai

16. honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
~ after semua sudah setel la.

17. money or household items?
~ dua2

18. how many kids would you like to have?
~ 4..

19. will you record your honeymoon in DVD/CD?
~ of kos

20. whose wedding plan would you like to know next!
sapa2 yang teringin buat, silakan..

Oktober kali ni sangat hebat. serius. sangat2x...
Harap-harap November Kali ni pun Hebat!


Syukur alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah atas kenikmatan selama 25 tahun ini.

Terima kasih buat semua sahabat2, kenalan2, kaum kerabat, murid2 dan semua yang telah berikan birthday wish mereka... Birthday kali ini terlalu bermakna dan terlebih luar biasa..

Semua dipermudahkan segala urusan dan diberi perlindungan buat hari-hari yang mendatang, amin..

Selamat Ulang tahun ke 25 cik Santai

waaaa. sungguh lama diriku tidak menghapdet di sini. sebab apa ya? semestinya la i bosan berblog.. huhu. sori blog ku. daku melayani FB.. sempena mau habis raya ni, i mau ucap kan selamat hari raya sahabat2 blogger.. maaf zahir batin. tidak lama lagi bulan syawal akan meninggalkan kita.. huh.. sungguh sedih sebab terlalu banyak memori daun pisang indah sepanjang bulan syawal yang mulia ini. namun apa pun, ahlan wasahalan ya Zulkaedah...

ok, sebenarnya i mau post mengenai usaha i membuat pizza buat pertama kali dalam hidup i. tapi memandangkan pencapaian tersebut tidak la memberangsang (tapi i rasa menakjubkan la coz i BERJAYA oke) i malas la mau lekat-lekat pic2 tersebut di sini..

baru-baru ni, di waktu pagi pada hari ermm i x igt plak, tapi dlm seminggu dua ni la.. i tertengok movie ONCE... buat kali kedua.. dan kali ni memg tengok sampai habis dgn penuh konsentrasi.. sangat menyentuh perasaan.. haha.. tapi jujur ni, i suka movie2 macam ni.. sangat real, simple dan santai.. dan i sangat suka dengan persahabatan GUY dan GIRL.. (ya, watak utama dalam cerita ni memang tiada nama).. dalam banyak2 lagu dalam movie ni, i paling suka lagu FALLING SLOWLY dan WHEN YOUR MIND'S MADE UP..
i harapkan banyak movie-movie bagus macam ni akan dihasilkan.




tapi walau apa pun, i tetap mencintai encik 7 tahun d bawah ni. hahahaaaaa

SARANGHAE...


http://www.youtube.com/watch?v=WcVU5WhYHiI

thanks to cik weeda yg memperkenalkan i kpda bliau. haha

best la lagu ni. baru dgr semalam.. sedap suara budak2 ni...
http://www.youtube.com/watch?v=JtGIAdW-B1E&feature=related
dengar la lagu ni.. sedap suara encik ronnie dan cik ernie ni..

selamat ulang tahun megumi. anda sudah tua.


betul-betul expand kan?

Sungguh bahagia ramadhan bertandang lagi. sungguh indah perasaan tahun lalu datang menyelubungi sekali lagi. perasaan semasa ramadhan sangat berbeza ok.. feel lain sikit. u ol pun rasa kan? sangat gumbira. terutama waktu bersahur-sahur. ada adegan sepak menyepak dikalangan adik beradik akibat tidak segera terbangun sahur apabila sudah dikejutkan. tapi sesungguhnya sepakan itu adalah hadiah terakhir. itupun kalau sampai hati nak buat. haha. kenangan puasa paling i ingat pada masa awal2 ada astro zaman kuno dulu-dulu.. pas sahur sanggup ngadap TV tgk drama melayu di astro. haih. apala punya habit. u tau kan drama2 zaman dahulu kala. drama melayu tiba2 ada suara yang d dubbing seperti alih suara drama latin tu. sungguh lucu. pastu paling hairan apabila semua adik beradik sudah kembali ke tempat asal, yakni rumah, lepas sahur bagai nak rak bercerita, pastu bila matahari dah muncul, baru pulak nak tidur. dah la berborak-borak tu seperti 10tahun tidak berjumpa walhal dah 3-4 malam dah bercuti-cutian. selain itu, kenangan paling menyayat hati, iaitu sempat minum air kosong bila terlambat bangun sahur. eh bukan. sahur dengan hanya meminum air kosong itu lebih indah dibandingkan bangun sahur tapi tidur balik sebab malas mau makan. tapi bila dah siang, baru tau lauk pauk semasa sahur adalah sangat marvelous. pas tu bershopping sakan membeli juadah berbuka pun adalah faveret semasa bulan ramadhan. sebab masa itu kemungkinan berjumpa orang dikenali sangat tinggi. paling dirindui ialah menunggu azan berkumandang di radio sabah/tawau, yang mana i rasa seluruh rakyat tawau sudah hafal iklan2 dan lagu2 yang akan dimainkan. iklan 1- Kain mewah... iklan 2- Tepung ape? tepung cap rama-rama. dah dengar dah.. banyak lagi.. haish.. sungguh tdk sabar berpuasa. huhu... ok la. selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat islam. semoga ibadah puasa anda kali ini lebih berkualiti. ;)

aku ni sedar diri jugak aku ni kuli, selama ni dibagi tugasan aku buat jugak.wlupun bukan utk peljr2 ku, berabis gak dgn kawan2 buat kerja... baru2 ni, dapat tugasan jadi ajk jamuan. ala, setakat bagi2 tapau tu, x kan la mau tecongok sampai tghari menunggu rakan2 sekerja ambil tapau tu kan. awal2 lagi memg dah panggil geng2 suruh ambil tapau wlupun si Ketua suruh agihkan jam11. x kan la mau halang orgn yang lapar kan. sekurangnya, lagi awal bagi, lagi cepat la habis.. ko tu ketua, bukan ko jugak agihkan makanan utk geng2 ko kan, ko suruh jugak budak2.. boleh plak tiba2 di depan semua org, tempat punch tu, time ramai org tgh berpusu2 punch, dia tanya, Ko mana hari tu dik? ndak da pun kakak nampak!!! dgn nada sinis dan sungguh sial.. aku ni yg sungguh muda remaja, sabar jak la, mau menjawab, ko senior yg telengong.. nanti ko cakap kurang ajar pla kan. x pa la, suka hati ko la mau heboh2 aku x buat kerja. sedangkan time aku buat kerja pun aku x nmpk pun muka mu tu. kwn2 pun tau aku buat kerja. haih.. bukan main lagi ko kan? mentang2 ko ketua, saja la tunjuk kuli ko salah. padahal time camping hari tu, 3hari tu, ada ko datang??? tugas ko ada ko buat? kalau cakap, ko memang hebat.. x pa la. hari ni hari ko... ko tunggu la next time... cuma 1 jak,lain kali intonasi tu biar lah betul, cakap tu bagus2 la sikit. najis tullah ko ni.. belagak.. patutla senior2 lain pun menyampah tgk ko yg ckp jak lebih.. cis! sungguh bedebah la ko.. nyah la ko..


Petang tadi saya dikejutkan dgn SMS dr cik Obor-obor yang memaklumkan atas pemergian Ustaz Asri Rabbani. satu kehilangan yg besar. beliau sgt saya kagumi dan hormati. selepas ini tiada lagi la suara takbir, alunan ayat suci dan zikir dari beliau. Beliau merupakan penyanyi nasyid yang paling hebat di Malaysia ini menurut pandangan saya. LAgu-lagu nasyid kegemaran saya merupakan lagu yang dinyanyikan oleh allahyarham. Semoga Roh nya di tempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.


Sharifah Khasif Fadzillah, tahniah kerana memenangi MTQ. Peserta-peserta yang mengikuti MTQ kali ini juga saya ucapkan tahniah. Umat seluruh dunia berkumpul di Malaysia dgn tenang.

Keputusan MTQ 2009.
Qari
1. Usamah ABdullah - IRAQ
2. IRAN
3. INDONESIA
4. SIngapore
5. Brunei

QARIAH
1. Sharifah Khasif Fadzillah
2. Thailand
3. Brunei
4. Indonesia
5. Singapore

mungkin atas kesan H1N1. mungkin sebab jerebu. mungkin di sebabkan cuaca yang panas membahang. mungkin disebabkan kelas yang kurang kondusif...
membuatkan guru2 cepat mengamuk. haih.. saya semakin tension mengawal pelajar.
kawan2 pun cepat marah sejak akhir2 ini..
x tau la bagaimana keadaan kami pada bulan ramadhan bila mengajar dalam kelas yang tidak boleh menggunakan electrik.. tiada kipas. suasana tengahari yang panas. keadaan kelas yang sesak. bangunan yang rapat. mengajar dlm suasana ini seperti merentas desa, jogathon, atau pun jln kaki 5km. huhu. tapi benar.

semoga kami sabar dan tabah menghadapi ujian hidup.

baru habis tgk episod 20, 21 , 22 Private practice Season 2.. Huwarggggggggggggggghhh!! TOLONG la cepat-cepat main season 3... x sabar ni.. aiyaaaaaaaaaaa.. lama lagi 1 Oct.. x sabar sudah ni... pas tu mesti best ada Dr bailey
pg private practice.. wargh.. cepatla. x payah la tggu 1 oct. 1 sept la .. haha...

wahai umat-umat sekalian alam, marilah menghindari H1N1.. wabak itu semakin meruncing. marilah bersama-sama memakai mask. kalau ramai pakai mask, tidak lah saya malu mau pakai mask. haha.. sekurang-kurangnya, cita-cita ingin menjadi power rangers masa kecik dulu tercapai, kan? Go go power rangers! huhu.. dengan keadaan berjerebu yang semakin dahsyat, Selsema najis mughalazah itu pun makin menyerang. mari la kita sama-sama mencegahnya. mari kita minum air zam-zam. saya percaya dengan khasiatnya. Daku yakin <--- iklan nicole PCD haha. oh ya, dulu-dulu, masa selsema burung, habis semua ayam-ayam (tidak termasuk ayam tambatan) kena bunuh. kenapa selsema babi ni khinzir-khinzir tidak ditamatkan riwayatnya? memanglah influenza ni menular disebabkan virus dari binatang tersebut bercampur dengan penyakit manusia, tapi kan, mungkin bertambah teruk sebab manusia-manusia tersebut masih makanan binatang tu.
sesungguhnya, orang-orang yang memakai purdah itu telah dilindungi dari wabak ini. sekarang, baru la kita sibuk2 mau pakai mask.

tawau dah jadi zon H1N1.. byk sekolah2 dah tutup setakat ni. termasuk tempat aku kerja. sekolah dibuka semula pada 7 ogos. 2 orang pelajar sek ku dikuarantin di Hospital dan setakat ni tak tau mcmn keadaan diorang. sepanjang cuti ni, aku bercuti2an di KK.. risau dgn budak sekolah. risau dengan cuti sek yang terpaksa diganti kemudian, haishhh. dan paling merisaukan, keadaan diri yang demam, yg turut menjangkiti adinda ku. keadaan bumi KK sabah ni pun berjerebu.. sekolah yang terletak di sebelah rumah ni pun ada kes H1N1. tiap2 hari tgk MOH.gov.my.. disebabkan demam dan wabak H1N1 mengganas, aku mengkuarantinkan diri d rumah .. online, tengok tv, makan, tgk my lovely samsoon. first time tgk cerita ni.. selama ni x berminat mau tengok tapi baru tau cerita ni lawak, patutlah ramai suka.. dan kadang2 mengkuarantin diri di 1Borneo (haha.. pg tgk wayang)... mungkin sebab tu demam makin teruk. GSC 1b sangat sejuk. sehingga kini masih risau lagi diriku ni. semoga demam ku ni lesap pada esok hari. Amin. kepada anda-anda yang masih bebas di luar sana, sila berhati-hati ketika keluar rumah, bergaul dan berjumpa dengan masyarakat. semoga rakyat malaysia selamat, sihat sejahtera dan semoga wabak ini beransur-ansur mengundur diri..

@film the Proposal sgt HEBAT! sandra bullock sentiasa the best. dan i baru tau i suke ryan reynolds.. huhu

@@film SETEM sgt GILA oke! Lawak yg amat terutama sekali Sathiya. haha..

@@@ Scott's Emulsion perisa oren sangatttttt sedap.. ;)




Gila kan?

http://www.youtube.com/watch?v=vInkKpuEfEk


HAHAHAAA...

About Me

My photo
Sabah, Malaysia
just an ordinary every day girl | likes to sleep. huhu | loves to read | a good listener Uwekkk ;p | friends she has, she keeps |

mari berkurapak


ShoutMix chat widget