Sungguh bahagia ramadhan bertandang lagi. sungguh indah perasaan tahun lalu datang menyelubungi sekali lagi. perasaan semasa ramadhan sangat berbeza ok.. feel lain sikit. u ol pun rasa kan? sangat gumbira. terutama waktu bersahur-sahur. ada adegan sepak menyepak dikalangan adik beradik akibat tidak segera terbangun sahur apabila sudah dikejutkan. tapi sesungguhnya sepakan itu adalah hadiah terakhir. itupun kalau sampai hati nak buat. haha. kenangan puasa paling i ingat pada masa awal2 ada astro zaman kuno dulu-dulu.. pas sahur sanggup ngadap TV tgk drama melayu di astro. haih. apala punya habit. u tau kan drama2 zaman dahulu kala. drama melayu tiba2 ada suara yang d dubbing seperti alih suara drama latin tu. sungguh lucu. pastu paling hairan apabila semua adik beradik sudah kembali ke tempat asal, yakni rumah, lepas sahur bagai nak rak bercerita, pastu bila matahari dah muncul, baru pulak nak tidur. dah la berborak-borak tu seperti 10tahun tidak berjumpa walhal dah 3-4 malam dah bercuti-cutian. selain itu, kenangan paling menyayat hati, iaitu sempat minum air kosong bila terlambat bangun sahur. eh bukan. sahur dengan hanya meminum air kosong itu lebih indah dibandingkan bangun sahur tapi tidur balik sebab malas mau makan. tapi bila dah siang, baru tau lauk pauk semasa sahur adalah sangat marvelous. pas tu bershopping sakan membeli juadah berbuka pun adalah faveret semasa bulan ramadhan. sebab masa itu kemungkinan berjumpa orang dikenali sangat tinggi. paling dirindui ialah menunggu azan berkumandang di radio sabah/tawau, yang mana i rasa seluruh rakyat tawau sudah hafal iklan2 dan lagu2 yang akan dimainkan. iklan 1- Kain mewah... iklan 2- Tepung ape? tepung cap rama-rama. dah dengar dah.. banyak lagi.. haish.. sungguh tdk sabar berpuasa. huhu... ok la. selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat islam. semoga ibadah puasa anda kali ini lebih berkualiti. ;)

About Me

My photo
Sabah, Malaysia
just an ordinary every day girl | likes to sleep. huhu | loves to read | a good listener Uwekkk ;p | friends she has, she keeps |

mari berkurapak


ShoutMix chat widget