aku benci kau. jadi kau dan orang2 yg berkaitan dgn kau, jangan muncul lagi di kawasan ini. sebab bagi aku semua perlakuan yang kau buat semuanya di luar tabii. x masuk akal. jadi, kau sila nyahkan hidup kau. jangan lagi pijak di kawasan seluas 20 x 20 ekar ni --> i main agak2 jak.


kalau lelaki pakai baju melayu memang nampak segak. tapi kena pakai lengkap la. i kalau tengok orang pakai baju melayu ni mesti tengok 2-3 kali. haha. tapi yang pelik nya, orang Malaysia sendiri malas pakai baju melayu. hairan. aku sangat hairan. Common la. artis luar pun sudi pakai baju melayu, kenapa pulak orang melayu sendiri x sudi pakai baju melayu, kan?
tengok la David Archeletta ni. cute kan? kan? ala, klu ikutkan hati i, i ni bukan peminat beliau. tapi, i kdg2 geram jugak tgk kebudak2an beliau ni. tapi bila i diforward gambar ni, i trus, e'eh, very cute la u. memg smart la baju melayu ni kan? u all igt tak shah rukh pakai baju melayu? memg segak kan? pastu dulu2, seorang pelakon latin pun pernah dtg buat promosi di malaysia ni, dia pakai baju melayu pink. masa tu, La Hija Del Jardinero memg pemes la jugak. i masa tu langsung tak suka Carlos Torres tu. dah la tak nsem, langsung tak smart pun. tapi bila dia pakai baju melayu, wow, i rasa sungguh hensem pulak beliau. haha.
kesimpulannya, artis luar boleh pulak datang malaysia and pakai baju melayu. yang artis melayu pulak, kalau bukan bulan ramadhan, hari raya, hmm, mimpi la tengok diorang berbaju melayu.

To AWAL ASHAARI or wateva la ejaan nama u. tolong la.. jangan sebut PESERTA tu dgn sebutan PERSERTA.. u faham tak.. i betul-betul jengkel tau dgr u sebut perrrrrserta. tengok ejaan ni betul-betul. P E S E R T A...

Penulis harry potter secara tidak sengaja menonton filem p.Ramlee, Ali baba Bujang Lapok. sambil mencari idea baru, beliau mendapat ilham setelah menengok aksi pada 2.09-2.10.
sekian.

Anas Tahir ni memang dipercayai adik Faizal Tahir. kenapa i sebut pasal beliau hari ini? hmm. sebab Anas Tahir menghidap sindrom Izu. Good Good good good good. haha. (bagi yang tak paham dan x pernah tgk audition OIAM yg menampilkan bekas vokalis nasyid tu, g tgk sekrg). Anas Tahir memang gila.. sangat hyperactive. video beliau mampu memecahkan ketawa beta. haha.
Anas ni bekas ahli kumpulan FAr East. tapi be4 tgk video ni, kamu jangan la menjangka kesopanan anas ni. haha.
kalau yang lum kenal beliau, di bawah ni i sertakan sekali video beliau. video ni sebenarnya bukanlah yang paling KOQ antara yang terKOQ. tapi dalam video ni wajah beliau sangat mirip dgn Faizal Tahir dibanding video lain. tapi i SANGAT2 sarankan anda agar melihat video beliau yang lain di youtube atau u all boleh di channel beliau d http://www.youtube.com/user/anastahir..
Anas Tahir, u memg Koq la.. ko memg lawak!

ni video di mana anas n akbar mengutuk dgn power yg sgt maximum. haha.

i sebenarnya bukan peminat setia mau mati dengan AF7 ni. ikutkan awal-awal musim ni, i tak sudi pun mau tengok. tapi tertengok jugak konsert pertama. then impress sikit-sikit la dengan 2-3 orang pelajar. kalau ikutkan, demam AF ni, start AF4, i memg dah langsung tak berapa nak sudi tgk AF. AF6 pulih sikit la sebab ada stacy. tapi apa yang i nak cakap di sini, konsert ke 4 malam ni memang i tak tau la nak cakap. i rasa bosan.. dan bosan.. dan bosan.. i cuma tertarik sikit dengan performance aisyah, dan zizi.. kiranya ok la sikit. yg lain tu ada jugak la yang boleh di kategorikan dalam kategori bolehlah macam hafiz , rubisa. tapi yang lain-lain macam qhaud, dan sidi, erm.. i tak tau apa motif i tgk konsert berdasarkan persembahan diorang. i bukan nak merendah-rendahkan budak-budak tu, i tau, mungkin diorang 500x brbakat dari orang lain. tapi berpegangkan perkataan TRANSFORMASI yang dijanjikan oleh AF7, i rasa standard itu tak sampai.

mengenai penyingkiran Zizi dan Rubisa i rasa sangat ermm membazir. sebab berdasarkan performance dan potensi dua orang ni, diorang ni boleh dikatakan antara yang patut dikekalkan dalam AF7. Zizi walaupun belum lagi capai standard yg hebat, tapi sebgi student, dia ada effort, ada fokus, performance pun tiap mggu boleh dikatakan dalam 5 persembahan yang terbaik. Rubisa pulak, walaupun kadang2 tidak konsisten, tapi melalui konsert tadi, ada beberapa pelajar yg lebih lemah dari dia.

i tau 2 orang budak ni sabahan. i bukan bersikap perkauman. tolong sikit. biar diorang negro sekalipun, minah arab ka, minah hindi ka, kalau bakat tu ada dan ok sikit dari peserta lain, i tetap puji jugak.cuma i rasa 4x bosan la tengok konsert af kalau budak2 yg berbakat dikalangan pelajar berkurang.. ya la, kita tgk konsert tu bukan nya mau tgk setkt 1-2 orang jak kan. sudahla sekali 2 orang keluar. kesian la kamu dua orang. sekali lagi i bukan bersikap kenegerian. tapi mungkin salah satu sebab penyingkiran sekali dua orang budak ni sebab dari AF2 - AF6, sabahan ada dlm top3. so i buat kesimpulan, antara TRANSFORMASI yang AF7 buat, xda sabahan di konsert final AF7 ni. so awal-awal kasi kuar. fine la kalau macam tu. tapi i harap, transformasi yang diorang buat nanti, 1st sarawakian la jadi juara. sebab x perna kan?

transformasi dari diri i, i tak tengok konsert next week. bukan sebab kecewa sabahan kuar, tapi kalau la yg kuar pada malam ini pelajar dari negeri lain, contoh nya isma dan aisyah, i pun akan buat entry mcm ni. i bukan peminat isma dan aisyah. tapi i rasa performance dorang lebih baik dr sesetengah pelajar lain. so conclusion sini simple. no af7 lagi utk i. i gantikan dengan aktiviti blogging.

nampaknya blog i pun bertransformasi menjadi blog bosan.

p/s : hafiz pelajar yg best sebenarnya tapi lagu mlm ni tak best. ada jugak pelajar lain dpt lagu tak best n x mencabar. mungkin ini punca utama


3 malam berturut2, family i berdinnerkan ambuyat. uh.. sungguh puas hati. sebab lama x makan ni. paling last sekali, ermm x igt. raya kali. kesimpulan, insya Allah sok malam makan lagi. betul-betul melepas gian ni. huhu.
oh ya, i rasa i nak tukar la url blog i ni. u all jan tersilap plak lain kali.
nanti i guna blogkuplanetku.blogspot.com ok rakyat jelata? faham.

apa perasaan anda bila anda ditugaskan ke bumi lama tempat anda membesar, tempat di mana semua kenangan kebodohan, kejahilan, ketidakmatangan dan proses menuju kebalighan berlaku?
ya. saya akan pergi ke bumi di mana tempatku jatuh bangun, berlari dari orang gila, sawan bila terserempak dengan encik psyco bila berjalan pulang dari sekolah agama, tempat di mana brlakunya permusuhan di antara jiran-jiran yang tidak sandard (haha), tempat di mana klinik kerajaan menjadi medan singgah-singgah atau medan mencari tapak berlepak-lepak walaupun tanpa diundang, tempat di mana aku belajar bermain basikal, tercalar satu badan, tempat di mana aku belajar memancing, belajar buat layang-layang, bermain di kolam ikan yang dianggap macam swimming pool (najis la). hmm. ada lagi. di sana adalah tempat ku belajar memanjat pokok, suka-suki memetik buah jambu air dan buah koko orang semasa dalam perjalanan pulang sek agama (jalan potong), dan banyak lagi. ish ish. kenapa la aku dikembalikan ke sana.
yang paling menghairankan, aku ditugaskan di sana bersama - sama adik musuh ketat geng i masa kecik, yakni aku knl budak tu dari umur 5 tahun lagi tapi x pernah jadi kawan la. haha. semoga ko tidak mengingati kami semasa kecik dan semoga ko langsung hilang ingatan pasal kami yang diketuai oleh musuh ketat kakak mu tu. i tidak bersalah, i patuh arahan ketua.
see u on monday.

About Me

My photo
Sabah, Malaysia
just an ordinary every day girl | likes to sleep. huhu | loves to read | a good listener Uwekkk ;p | friends she has, she keeps |

mari berkurapak


ShoutMix chat widget