Terlalu lama tidak mengupdate blog ni.. i sangat sibuk dengan penyerahan tugas.. tapi sebenarnya paling sibuk sebab i kedemaman.. Demam selama 4 hari..
Ye.. i demam. demam Private Practice Season 2. tapi baru smpi episode 17.. sangat kegeraman.. tolong la cepat2 main sampai episod 22. lambat betul la tv US ni. penat jak aku ulang alik sabah - US semata2 mau tengok drama ni.. HUHU.
wlupun season 1 amat menjengkelkan, tapi season two ni i sangat2 suka watak Dr. Charlotte King. and Dr Cooper. Private Practice mmg Best...

(aktiviti berdating dgn Doktor2 Greys Anatomy season 5 sehingga Episod 13 akan sy jalani mulai malam ini. wahai alynn lujeleslabeb, jangan jeles.wakaka)

i bukan apa, saja nak inform adik2 i kat luar residen i ni, u all igtla hari2 penting di bawah ni ya. so u all x perlu buang 1 sen utk tanya i "sudah gaji ka tuan m.s?" haha..
tapi klu i u all jangan la ugut2. sebab i punya gaji mistik sikit. tp dont worry la. 1% tu ofkos i bagi u all dgn tutup mata je. wakakaa..
BULAN TARIKH HARI CATATAN
JANUARI 19.1.2009 ISNIN Tahun Baru Cina 26 & 27.1.2009
FEBRUARI 25.2.2009 RABU
MAC 25.3.2009 RABU
APRIL 23.4.2009 KHAMIS
MEI 25.5.2009 ISNIN
JUN 25.6.2009 KHAMIS
JULAI 23.7.2009 KHAMIS
OGOS 25.8.2009 SELASA
SEPTEMBER 10.9.2009 KHAMIS Hari Raya 20 & 21.9.2009
OKTOBER 8.10.2009 KHAMIS Deepavali 17.10.2009
NOVEMBER 25.11.2009 RABU
DISEMBER 17.12.2009 KHAMIS Hari Krismas 25.12.2009

sejak 3 atau 4 hari yang lalu, tapak tangan aku selalu di serang kegatalan. kejap tapak tangan kanan.. nanti smpi pulak tapak tangan kiri. kadang2 diorg beregu, dua2 sekali gatal. kadang2 skejap2 kadang2 time aku tidur pun aku x lena, kejap2 tersedar sebab tapak tangan ku ni gatal. orang cakap, klu tapak tangan kanan yg gatal, maksudnya mau dapat duit. dan kalau tapak kanan kiri yg gatal, mau keluarkan duit.
tetapi ada yg cakap klu yg kiri gatal baru dapat duit. klu kanan pulak tanda2 nak menghulurkan duit. apa2 aje la. apa yang pasti, klu betul duit terpelanting ke tangan daku, 1 je harapan ku. jan la duit tu terlalu banyak. 5 - 10 ribu pun cukup la. ok! haha..



The rule: **Use google image to search the answers to the first page of results and post it as your answer. After that tag 7 people**


..::: The age of the coming birthday

..::: The place I would like to visit



..::: The favourite place



..::: The favourite thing




..::: Nick name I had



..::: Name of my love



..::: My hobby



..::: My bad habit


..::: My wishlist

i tag semua yg xda life. wakaka

i ada 3 kerjarumah yg kena buat.. so ni kerja rumah pertama yg i siapkan. yg 2 lagi, nanti i buat ye whi pemberi kerja rumah...

Nowadays, there're so many "IF".. "WHY" there're so many "IF"?!

1. If you can be an animal, what will you be?! Why?!

Kucing.. sebab erm byk2 binatang, i melayan kucing dgn baik. so klu i jd kucing, i hrp i dlyn dgn baik. huhu..

2. If you robbed the bank, what do you want to do with the money?! Why?!

byr nafkah dgn ptptn. pastu melancong. i tanak kerja.

3. If you can teleport yourself to any places in the world, where do you want to be? Why?!
pg mekah.. or dubai.. y? sna best (ceh, mcm tau)

4. If you are in X-Men or Brotherhood of Evil Mutants, who are you in the team? Why?
ntah. i tak minat la.. erm i nak jadi Raven la. haha. supaya diri i bz

5. If you know that you are dying, what is the last meal that you want?! Why?!

semua mknan yg mem i masak. tp macam2 la i request. ai, sedap bah tu.

6. If you can kill only 1 person in this world, who is that person?! Why?!

rahsia. ndak boleh bagitau.

7. If you can choose either want to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice?! Why?!

more than 24 hours la. klu lebih 100 years, byk kerja.

8. If you can date a celebrity, who is that person?! Why?!

Johnny Depp.. atau mamat the Arrivals. ehehe.. y? saja.. haha..

9. If you can have only 1 thing in this world, what should that be?! Why?!

thing? harta karun. wakaka.. ntah la

10. If you have an opportunity to TAG 7 of your friends, who are they?! Why?!
ratu sunan, obor2, butterflyfrost, aween, c.w, ixora, lizz..

TANDA-TANDA

1. Tanda2 kamu badmood?
~ x byk ckp~

2. Tanda2 kamu marah?
~Diam.~

3. Tanda2 kamu sinting?
~ ketawa ketawi ~

4. Tanda2 kamu malu?
~ senyum dan berpaling.. wakaka~

5. Tanda2 kamu sedang cemburu?
~ Diam~

6. Tanda2 kamu sedang sedih?
~ diam~

7. Tanda2 kamu tengah gumbira
~ bercakap ~

APA

1. Apa warna baju yang kamu pakai sekarang ini?
~kelabu ~

2. Apakah kamu termasuk orang yang suka shopping?
~ shopping? ndak la. tgk musim. tp suka shopping brg2 dapur.. n shopping time raya. hehe~

3. Apakah kamu percaya love at first sight?
~mungkin tidak~

4. Apakah yang ingin kamu lakukan sekarang?
~ iron baju dan mentimunkan mata. haha.~

5. Apa rasa di hati kamu saat ini
~ penat dan stress)

BILA

1. Bila pertama kali kamu dilahirkan ke dunia?
~ 29 oct 1984 ~

2. Bila saat terindah dalam hidupmu?
~time2 bergumbira dgn family~

3. Bila kali terakhir dimarahi ibubapa?
~kali akhir? x igt.. mgkin 10 bulan lalu. wakaka. betul2
x igt~

4. Bila kali terakhir ehem ehem ehem?
~ehem2 tu merujuk kepada apa?~

5. Bila kamu akan married?
~ bila si dia yg dari loh mahfuz muncul.wakaka~

BAGAIMANA

1. Bagaimana jika ada orang yang buat kamu sakit hati?
~ i akan merepek2 dgn adik - beradik i.~

2. Bagaimana kalau ada orang cakap kamu lawa/hensem?
~diam2 jak. ndak kan la mo pengsan

3. Bagaimana jika ada teman kamu, meninggalkan kamu?
~ apa boleh buat. biasa jak la.

4. Bagaimana jika ada orang yang tidak suka sama kamu?
~peduli la dia. hati nya, sukati nya la~

5. Bagaimana kalau ketika kamu bangun, kamu dikelilingi api?
~tgk klu sempat amek air n pdmkan. klu x, usaha tgga kejayaan.
man jadda wajada

6. Bagaimana jika kamu keseorangan?
~ ai apa lagi, online la mcm besa.. tgkmovie~

Jadi, kenapa la??
jadi, ada nak tolak member? wakaka.
(frasa ini ditujukan utk org yg saya tag)
Alyn.
obor2.
erm,klu shbt2 blog lain takde keje lain, sile la anggap tag ini tugasan penting. okey! i'm sorry.. man belon punye! wakaka.
(saja mau menjengkelkan diri sendiri)


Lyrics | WRECKLESS ERIC - Whole Wide World lyrics

i tgk movie stranger than fiction. and i think this is a good song, right.

ari ni aku cikgu sgt2 penat. ya la. pagi pg kerja, smpi tmpt kerja 6.28 pagi..
masuk ngajar 6.40 - 7.20, 7.55 - 8.30, 9.55 - 11.05, 11.05 - 12.15...
pastu taklimat lagi.. 12.30 - 1.20.. pastu balik rumah. tukar baju. hantar parents ke tempat terbabit (ikut berita tv3 haha)...
Perjumpaan Ko Kum 2 - 5 ptg.
sila ulang aktiviti ini utk esok, iaitu hari kamis. kecuali part taklimat, itu tiada.
blum cmpur kerja luar sekolah. buat Lesson plan, cek buku, kerja2 tambhn lain.
aduh. i memg kepenatan ari ni. okay la.
i nak mentimunkan mata i.



(antara kitab agama yg terbakar. kitab2 yg dibawa dari mesir. so sad)

aku dah tau apa "asrama terbabit" tu.
Rumah warden asrama Putera SMAI Toh Puan Hajah Rahmah, di Jalan Sembulan, bersebelahan Balai Bomba Sembulan, berhadapan SMK Sanzac, Eastern Kolej.. Bangunan yg berhampiran, Wisma MUIS, Masjid Negeri, Wisma Tabung Haji, Kg Sembulan.. smua tu berhampiran jugak la. paling dkt rumah2 org situ la.. huhu.
Punca kebakaran adalah 90% kebarangkalian litar pintas.
asrama tu asrama kayu, sebab tu la api cepat merebak.
apa2 pun Takziah diucapkan.

*terima kasih diucapkan kpd abunuha.wordpress.com atas berita yg padat, tepat, mutakhir( wakaka, aku bukan peminat berita rtm pun) dan informasi yg jelas.

aku paling menyampah kalau berita smpikan berita tapi info yg diberikan tidak jelas, tidak cukup dan tidak lengkap. benci n menyampah.. tadi di tv bagitau ada kebakaran di kk, sabah.. diorg bagitau punca kebakaran, keadaan dan situasi. tapi ndak bagitau di mana, jln apa, sekolah apa. macam t***.. KK tu beratus sekolah ada.. bukan 1. lain kali kasi la jelas2. org mau tau info2 tertentu.. bikin pegal.
ayat2 pegal
"asrama terbabit" - iya la, memg la terbabit, asrama tu yg tebakar tapi bagitau la asrama apa.
"bomba berhampiran" - helo. bukan 1 balai bomba di kk tu.bagitau la jln mana..
"kebakaran segera di padamkan utk mengelakkan menjejaskan sekolah berhampiran"
- sekolah berhampiran tu sekolah apa?
bagitau la..
klu tgk dari asrama tu, mcm yg d jalan sembulan. tapi bagitau la... nti i memfitnah pulak!
mcmla berita tu karangan budak2.. ish! kepegalan!
manala tau ada ibu bapa budak2 yg tinggal asrama tgk berita tu, mesti diorg risau kan? mana tau asrama anak2 diorg.. pastu mau jugak tau keadaan sekitar tu. eih. apa la.

Tag ni diberikan oleh Cik Butterfly Frost...
nampak cam mudah je..
so, jom kita buat...
de Rules:
It's harder than it looks
Copy to your own note, erase my answer, enter yours and TAG 10 people.
Use the first letter of your name to answer each of the following questions.
They have to be real.. nothing made up!
If the person before you had the same initial, you must use different answers.
You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.
Have fun!

1/ What is your name?
Santai... Syarifah Santai Sheikh Omar. wakakaa

2/ A four letter word?
Skul.. (4 letter kan? huhu)

3/ A boy's name?
Samson. haha

4/ A girl's name?
Shazanah

5/ An Occupation:
Secretary

6/ A color :
Silver

7/ Something your wear :
Shirt

8/ A food :
Snack

9/ Something found in the bathroom :
Soap

10/ A place :
Sabah

11/ A reason for being late :
Santai2.

12/ Something you shout :
SUDAH!!

13/ A movie title :
Shaolin Soccer

14/ Something you drink :
Sirap

15/ A musical group :
SAme Same wakakaaaa

16/ A street name :
Jalan Syed apa nta

17/ A type of car :
Suzuki

18/ A song title :
Starlight...

19/ A verb :
Scintillate


Semua kena Tag.. huhu...

lagu Tamally Maak ni memg femes yang amat.. so ari ni aku tgk video ni..

dan wlupun sdh byk kali aku dgr lagu bawah ni, baru hari ini aku perasan lagu i'm calling u dari outlandish ni sebenarnya lagu Tamally maak versi outlandish. huhu.. klu x percy, dgr btul2..

Surya n Jyothika..

ari ni aku tertarik pulak mau tgk satu movie tamil di tv2. haha.. uish, hebat! i tell u! wakaka..
pelakonnya jyothika, n her husband la yg jadi hero, surya. bagus lakonan dorg ni. x over, x kaku. cukup2. wah, tiba2 aku promote film tamil pulak. haha.

merujuk kepd tajuk di atas, "hari ini baru aku tau..." bermaksud aku telah mendiscover sesuatu yg selama ini aku tau tetapi tidak tau maksud sebenar.. bukan nya bermaksud, hari ini, baru aku tau, seperti - baru kau tau! ala2 skill org sabah..wakaka.

okay. balik ke topik asal. selama ini aku memang tau maksud bagai melepaskan batuk di tangga.
ya, memg la maksudnya ibarat melakukan sesuatu yg sia2. tp kenapa peribahasa itu bermaksud sebegitu.. ianya bermula apabila ibunda ku bertanya jika aku memahami maksud peribahasa tersebut. memg aku paham tapi bila beliau bertanya kan maksud batuk tu, aku diam2 saja. aku fikirkan selama ni batuk tu bermaksud uhukk uhuukk, alaaa, batuk tu bah. rupanya rendah sungguh tahap penguasaan bahasa melayu ku. huhu..

batuk yg dimaksudkan dlm peribahasa itu bermaksud batok (ejaan asal) berasal dr bahasa jawa yg bermaksud tempurung kelapa. apa kena mengena tempurung tu dgn peribahasa tu? ok. kalau zmn dulu2 mesti ada tempayan di bahagian tangga depan rumah kan? klu kamu ndak igt, cuba kamu igt2 cerita Nujum Pak Belalang. ada scene menunjukkan si Belalang menyiram kaki beliau. (org melayu dulu2 memg pembersih. klu mau masuk rumah, mesti cuci kaki. org melayu skrg, ada yg siap pakai kasut lagi masuk kerumah.) dulu2 manada gayung mcm sekrg kan? bentuk2 love la, warna warni lagi gayung skrg ni, besar, kecik, smua bentuk ada.. tapi zmn dlu2 guna tempurung jak kan?

so kaitan peribahasa tu dgn maksud sebenar ialah, lepas kita cuci kaki, tempurung tu mestilah kita simpan semula ke dlm tempayan tu kan. tp ada org yg lepas guna tempurung, diletakkan begitu sahaja di atas tangga. tak ke sia2 tu? tak de faedah pun perbuatan tu. haha.
kesimpulannya, akhirnya aku faham maksud peribahasa tu shgga ke akar umbi. tahniah untuk ku.

(ntah btul atau tidak, aku x peduli! ini ikut fahaman ku.. sukati ku la. haha)

seperti yg anda lht gmbr2 d entry ini, ini la yg aku lalui khamis, 12 feb baru2 ni. Kejohanan sukan tahunan skmja, di kompleks sukan Tawau, Sabah.. meriah, memg meriah.. sampai separa hangus kulit ku ni.. punca kehangusan, aku membantu rakan2 utk menjaga masa di garisan penamat. so, seawal 8 pagi sehingga 1.30 ptg la kami berada di lokasi (garisan penamat)..
aku igtkan senang jaga masa ni, (memg senang pun), tapi sebenarnya sukar.. sukar sebab kena control diri.. klu x, lupa pulak mau tamatkan masa pelari yg telah smpi di garisan penamat. haha. ye la, aku ni excited ni tgk org2 berlari. apatah lagi klu budak2 yg mewakili rumah sukan ku memenangi acara, msti la aku smgt n excited. klu yg lari utk kesihatan (org terakhir yg smpi di garisan penamat), aku sokong jugak. atas dasar menghargai penyertaan mereka yg sanggup mewakili rumah sukan. apa yg aku kagumkan dgn budak2 sekolah ini, pljr perempuan, 90% berlari menutup aurat. cuma dlm 4-5 org yg membuka aurat. x sgka pelajar bukan sekolah agama seperti sekolah ini mementingkan aurat dlm sukan. bagus..

acara2 kemuncak bagi sukan tahunan sekolah ni, adalah acara perbarisan, dimana smua pelajar dan guru2 menantikan maskot2 yg bakal berkeluaran dan memunculkan diri. oleh kerana rumah sukan kali ini bernamakan pulau2 di semporna sabah, maka maskot2 juga bermotifkan komuniti pulau. rumah Mabul (rumah sukan ku) bermaskotkan duyung.. ahaha (bersempena penggambaran film duyung di sana), rumah sipadan bermaskotkan obor-obor(eh cik obor2, u femesla), rumah Mataking bermaskotkan sotong kurita, manakala rumah Sibuan bermaskotkan ikan.

pada upacara lintas hormat, pada masa itu lah berlaku nya aktiviti menarik perhatian penonton dan penilai oleh maskot2 ini. semua maskot2 menunjukkan keunikan tersendiri terutama sekali maskot kan duyung. beliau diusung khas di atas kereta sorong (gerobak) . yg melucukan, ikan duyung ini merupakan seorg pelajar lelaki tingkatan 6. seorg yg sgt nakal, maka banyak gimik2 yg dilakukan oleh beliau. namun, maskot terbaik dimenangi oleh sotong kurita. aku kagum melihat rekaan pelajar2 tingkatan 6 dan guru2 yg menghasilkan maskot2 ni. berkoskan rm50, semua maskot memang menarik perhatian. terutama nyah duyung.

keputusan akhir kejohanan sukan tahunan kali ini,
Pemenang keseluruhan RUMAH SIPADAN/SANG JUARA (20 emas, 11 perak, 15 gangsa)
Tempat kedua RUMAH MABUL (15 emas, 12 perak, 12gangsa)
Tempat ketiga RUMAH MATAKING (14 Emas, 14 perak, 10 gangsa)
Tempat keempat RUMAH SIBUAN (3 emas, 15 perak, 15 gangsa)
Maskot - RUMAH MATAKING - SOTONG KURITA
Ketua Platun terbaik RUMAH SIPADAN
Perbarisan Terbaik RUMAH MABUL & Persatuan Kadet Bomba Penyelamat Malaysia (PKBPM)
Olahrawan Kelas 1 dan 2 - Rumah Mabul
Olahragawati Kelas 1 - Rumah Sipadan, Kelas dua - RUmah Mataking














cik w33da, pernah dgr tak lagu aku ada kerna kau pun ada by radja?
ala.. lagu tu salu je kat radio.. klu tak tau, sila la cari d youtube.

i tak letak lagu tu kat sini sebab i tak nak menjatuhkan imej i. wakaka. i tak kutuk lagu tu cuma i tak minat.

tadi smbil mkn2 kacang rebuss ala2 cinta gitu, sy menatap skrin tv. ms tu channel kirana menayangkan cerita cina. kantonis klu x silap. dari hongkong. ( i tak tau kenapa klu cerita cina main di channel kirana i rasa macam pelik) 3 minit pas tu cerita tu habis. then ada lagu satu lagu ni. walaupun first time i dgr lagu kantonis ni, i rasa i tau lagu ni. makin dekat ke korus, i rasa memg i tau lagu ni. dan saya pasti, anda pun tau lagu ni. kamu tipu la klu kamu ckp kamu x tau lagu ni. kamu layan la lagu ni.. (aku letak lagu ni sini bukan sebab aku minat, saja mau kongsi. haha) siap ada lyric lagi ni, kamu sambil2 tgk tu, karaoke la sekali ya.. ('',)

sepnjg sabtu dan ahad baru2 ni, separuh dari masa saya bersantai2,saya habiskan dgn menonton the arrivals. u all boleh tgk di youtube (sila klik untuk terus melihat video) atau di thearrivals.blogspot.com. ada 51 episod. tapi saya baru sahaja menonton 38 episod.
ia mengenai agama2 yg ada di dunia ini, dajjal, imam mahdi, propaganda2, syaitan, kuasa2 besar, dan byk lagi. dokumentari ini satu kajian, satu pencarian., satu matlamat.
kita tgk, kita dgr, kita nilai. terpulang kpda anda.
buka minda,buka mata. fikir2 kan. insya Allah.. mana yg benar, sentiasa benar-sebenar-benarnya. tiada yg benar selain yg benar2 belaka.
saya sudah menonton nya. anda bila lagi?
Sila la tgk.

lagu2 di bawah ni, digunakan oleh guru2 sebagai pemangkin semangat pelajar utk menghadapi peperiksaan besar atau penting di sekolah. pada tahun 1996, saya menduduki UPSR. Lagu ini selalu dinyanyikan untuk menaikkan semangat kami dalam menempuhi kepayahan hidup yg dialami sepanjang berada di tahun 6. Lagu yg sgt femes ketika itu, Fikirkan Boleh, yg ditujukan untuk pemain2 badminton kebangsaan, sgt meberikan semangat kami untuk menempuhi onak dan ranjau sebagai murid tahun 6. Alhamdulillah, keputusan tu boleh tahan. kita imbas2 lagu ni, kamu dgr la bah jugak..


kemudian, di smk tawau, pelajar pmr dan spm, memg sebati dgn lagu ni. sy menduduki SPM pd tahun 2001. lirik paling penting, "saat gemilang akan tiba, dan kita kecapi bersama".. sy rasa tak sesuai. manada kecapi bersama, diorg yg outstanding, kesian, sengsara hidup di luar negara. saya dan rakan2 lain, enak2 dan sedap2 hidup di malaysia apatah lagi bumi sabah bumi bertuah. haha. Lagu tema pemangkin semgt SPMR d smk tawau dlu2, lagu Gemilang dr Ella tu. keputusannya, ye, keputusan sy memg sgt cantik, akibat dari sikap pemalas sy utk belajar. sy memg malas belajar terutama subjek2 fakta. tp saya tidak menyesal dgn kemalasan saya itu. haha.


Hah! mesti kamu fikir apa pulak lagu tema time aku PMR?? lagu yg paling mendatangkan kesan. maklumla, sebagai warga sekolah agama masa tu, pemangkin semangat kami lebih lagi dari time spm n upsr. bukan 1 atau 2 lagu. tapi sgt banyak. Asmaul Husna, surah Yassin, Ar-rahman, Al-Waqiah, Albaqarah adalah surah paling kerap di baca. surah2 lain pun ada juga di baca. sgt berbeza pemangkin semangat pelajar antara 3 sekolah ini.

tp dlm byk2 sekolah yg pernah sy hadiri, tiada yg dpt menandingi kehebatan sekolah islamiah. sebab... sebab 1 subjek 1 masa. 1 masa 30 minit. huhu.. waktu persekolahan 2 - 5. sgt best. keputusan SRU pun sgt best shgga kan keputusuan subjek Tajwid ku mencapai 98%. aku pun ndak tau apa yg ku jwb. haha.

disebabkan saya tidur amat lewat, iaitu dlm kul4.30 pagi, so,pagi ni dalam puku 11 baru i tersedar dari tidur. sebangun saya dari lena, rumah i kosong. tggl i sendiri. i tgk smua benda tak berfungsi. apa artinya samua ini? (pinjam skrip film p.ramlee dlu).. 2 - 3 kali try charge hp, on tv, astro, lampu, kipas.. oh no! bekalan electric x da. huh! geram. dan bosan. so aku menceriakan diri ku dgn memasak di dapur. ye la, adinda ku akan pulang tengahari nanti selepas latihan kriket.

sesampai si adik, saya brtanyakan mengenai kematian karan di rumah. rupa2nya sejak pukul 9 pagi lagi. cis! sy sangat geram. kemudian, saya berkeputusan utk membuat aduan, saya kol SESB. tet tetttt... pgglan anda akan di sambungkan bla bla bla.. lagu di pasgkan...

Pegawai : selamat pagi, sesb.
cik santai : erm saya kol dr tetttt, apasal xda electric ni ya?
pegawai : ye cik , dari mana?
cik santai : dari tetttt...
pegawai : jap cik saya cek dlu.. ermm... cik, klu ikut sistem kami, tiada penutupan bekalan electric. cuba cik cek meter atau....
cik santai : errmm masalahnya, bukan rumah saya jak ni. semua rumah di kawasan ni. kecuali satu rumah tu jak yg ok..
pegawai : erm boleh bagi no pon dan nama?
cik santai : saya cik santai, no 089 -xxxxxx.
pegawai : ok, nanti saya hantar orang pg cek, ada apa2, saya kol balik.
cik santai : ok terima kasih..

selang 10 minit.

tet tetttt... tet tetttttttttttt..

cik santai : hello..
encik x : helo. ini cik santai ka? dari tettttttt
cik santai : ya saya.
encik x : sy dari sesb ni. masi mati ka karan ?
cik santai : ya. masi lagi..
encik x : ok nanti kami pg sana la. tapi.
cik santai : ermm ya?
encik x : (ketawa) sudah kawin?
cik santai : hah?
encik : sudah kawin ka? hello? sudah ka?
cik santai : [yenna dei.. sudah i tension ndakda karan, dia buat lawak pulak.]
tettttttttt.. sy tamatkan talian telefon.


1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” and put it on your blog

2. Link or tell a bit about the person who gave you the award...

About Cik Rama...

1. Beliau seorang perempuan. sudah tua yakni berumur. dlm 3 bulan lagi 52 tahun sudah dia ni. wakakaa.. 25 tahun bah...

2. beliau masi belum berkawin. sapa2 mau goda dia, goda la dia.

3. skrg tgh mnggu posting. smntra tggu tu, dia dgn gumbira dan sukacitanya bekerja di petronas. slma dia kerja sna, baru sekali aku ic myk di petronas tu. haha.

4. budak ini ermm sgt la sederhana tggi.

5. berbangsa bugis.. tggl ni ermm, oh ya, dia nomad. maklum la, rama2, kejap sini kejap situ. jadi radarnya kdg2 susah mau di kesan. haha.

6. my classmate, form 4 n 5 (2000 - 2001). seorg gadis yg selalu jadi mangsa bulian ku, buli melalu kata2 jak la.


3. each one of you who receive this award must list down 10 facts / hobbies about yourself...


1) sy sgt tidak suka Spa Q. wakakaa
2) sy sgt la rabun tapi sy sgtla malas pki spek
3) sy sgt suka teh old town.
4) sy mau jadi orang kaya
5) luv to read novels. tp bukan semua jenis novel. tgk jgk la cara penulisannya.
6) sy sgt suka GSC 1 borneo. sgt puas hati tgk movie di sana. sgt santai.
7) sy sgt suka bersantai2 bersama adik-beradik sy. terutamanya bersantai2 dpn tv.
8) saya sgt gila kan X-files. ups, gilakan scully and mulder sbrnya. coz i tak percy benda2 tahyul
9) saya sgt rimas hidup tanpa internet, hp, duit, dan kereta.
10) sy seorg perempuan yg sgt special.


4. pass this award to 10 bloggers and link them in your blog.

org yg sy mau bagi award sudah terima award ni, nak bagi dgn kawan2 lain, tp x nak menyusahkan diorg buat list atas ni. so, diorg x perlu buat benda ni. tp u all geng2 blog i, smua award i tujukan untuk u all.

today, i dpt sms from orang terdekat la dgn diri i. ada pesanan, gaji yg msk ke akaun i, jan pakai. sebab kena suruh pulgkan balik. coz tmpt keja lm tu tersilap bagi masuk gaji ke akaun i n 2 orang kawan lain. eh come on la. i hidup sebagai artis ni, salu perform sana sini, u igt i pernah kerja tmpt u saja ka. klu duit masuk dlm akaun i, mgkin dari tmpt lain yg pernah i buat show. mesti la i pakai. okay lah, klu 2 -3 ari, ndak pa pok! i bagi balik ari ni jugak. ni dah masuk ke dlm akaun i 16 hari yg lalu, maksudnya 11 ari bekerja dan 6 ari cuti. baru hari ni inform yg duit tu bukan hak milik kekal i? dah tu siap main pesanan penaja la pulok. i nak formal. inform secara formal, ada hitam di atas putih. i ada lowyer tau, jan main2. i tak kan buat statement or bertindak membayar balik selagi surat rasmi tidak smpi di tgn halus i ni.

lagi satu, klu duit dah 16 hari dlm akaun u, apa yg u akan jgkakan, mestila tgn i nak amek duit tu kan, nak byr nafkah ke ptptn n bil2 lain, i kan artis, byk bil nak byr, baju yg i pakai pg AJL tu pun i bayar pki duit tu, haha.

sgt ridiculous. ada pulak silap2 bayar, suruh bayar balik. nasib baik i dah jauh dari tmpt kerja lama tu. Nyah lah premis itu! memg Bajingan! (sy x guna perktan ini dlm hdp sy, tp utk kejadian yg menghempap sy, sy tujukan perktan ini kpd org yg bertggjwb thdp kasus tersebut). u all yg buat silap, i yg terpksa menggungnya.

i mrh bukan sebab i xda duit, i kan kaya. haha. tp i marah sebab i rs kesilapan ini tidak wajar berlaku sama sekali. Nehi! Hindi Pwede! mcmn la u all ni menguruskan hal ni smpi boleh berlaku kesilapan ini. nasib baik i dah x jadi warga belakang tabir premis itu. halumbiarak betul. okay la i nak stop marah.

oh ya, Hari ni, sekali lagi BULETIN UTAMA TV3, menyebut PPSMI menjadi PPMSI sebyk 2 kali. klu ikut maksud, memg tiada mslh, Math dulu baru Sains, tapi dari segi protokol dan pendaftaran sgktn perktan, sgt salah la. ntah2 PPMSI tu mewakili persatuan apa ntah ka kan? apa2 aje la TV3 tu.

This are the guidelines:

1.Link to the person who tagged you

2.Post the rules on your blog

3.Write six random things about yourself

4.Tag six people to your post and link to them

5.Let each person know they’ve been tagged and leave a comment on their blog

6.Let the tagger know when your entry is up


6 random things about Cik SAntet Santai

1. Saya berdarah Sejuk

2. i sgt suka tidur depan tv, di ruang tamu, tanpa tilam, di kerusi panjang. pendek kata, i mls nak tidur dlm bilik.

3. mcm si pentag, cik Rama2, i'm an educator. cikgu Vokal. haha

4. saya sudah berkahwin.. di Loh Mahfuz. tp di dunia nyata sy belum bertemu dgnnya.

5. i sgt serius.. sgt serius ketika merepek. tapi i tak suka merepek. terutama time i serius.

6. i seorg yg rabun teruk tapi malas pakai spek. wlpun pandgn mata sy sentiasa seperti berkabus2.. i bukan apa, klu i pakai spek, i makin cantik.

so, this TAG goes to
1. Ratu kontroversi amboi-amboi-amboi Sunan
2. Ah Heng
3. sapa2 la anda. i malas nak tag. nanti u all igt i salu pulak igt u all.
4. Klu cik weeda lum buat, buat la klu sudi. huhu.
5. yg lain2 i malas nak tag sebab i tau u all sibuk xm, kerja, perform n show sana sini. i tau kerja kita sebg artis ni memg x menentu.

Sekian.





ada sapa tau sapa pelakon yang melakonkan watak chempiang beberapa tahun yg dulu?

semalam, i tdur dalam kul 1 pagi selepas menyiapkan Lesson Plan, marking paper, buat list students n markah exam (tgk! bukan senang jadi ckgu. byk kerja buat di rumah).
pukul 5.30 pagi, sayup2 kedengaran alarm dari hand phone saya. (lagu ding drum itu memang amat mudah mengejutkan saya, adik beradik serta seluruh housemate saya. terima kasih kepada pencipta lagu itu). Sesedar dari lena, saya secara tiba2 tersedar bahawasanya apa yang saya alami beberapa minit sebelum itu cumalah mimpi semata-mata. bukan realiti. mimpi itu seperti (saya kurang pasti apa yang terjadi) saya berada di kelompok manusia yg terdiri dari kaum arab islam dan yahudi. dalam mimpi itu saya tidak bersetuju utk bekerjasama dgn seseorg itu kerana beliau seorg yahudi.
mgkin dlm mimpi itu saya seorang yg berbangsa arab palestin.
saya rasa mimpi itu akibat laporan tv dan internet setiap hari mengenai rejim itu.

tghari tadi, sementara menunggu waktu utk pergi ke sekolah (latihan sukan), saya yang amat mengantuk berkeputusan utk tidur sekejap utk merehatkan diri. untuk mengelakkan saya lena selena lenanya dan menghindarkan diri dari menekan butang postpone berkali-kali ketika alarm berbunyi, saya memutuskan untuk tidur di ruang tamu, diperhatikan oleh tv (ya, klu tidur siang, saya tidak pernah mematikan tv kecuali hanya jika saya tidak tdur di depan tv).
setgh jam terlelap saya masi berpeluang diulit mimpi. tapi mimpi saya pelik. saya hairan kenapa setiap patah yg saya dan kawan2 dlm mimpi ucapkan tiada satu pun yg saya fahami walaupun kami tidak putus2 bercakap dalam mimpi itu.diri saya yg tidur merasa sgt keliru dan bingung dengan keadaan itu. setlh hampir tersedar, baru saya sedari, bahawa dlm mimpi itu, semua pelakon2 bertutur dalam bahasa Tamil. x smpi seminit, saya tersedar dan telinga saya serta merta menangkap suara berbahasa tamil dari tv. sy terus mute kan dan terlena tanpa mimpi sehingga alarm berbunyi.

persoalan nya, adik sy mengatakan, org bisu dan pekak, klu mimpi, diorg guna bahasa isyarat sepertimana dlm realiti. saya berbahasa melayu, english, sikit2 spanish and tagalog, tapi kenapa dlm mimpi berbahasa tamil. wakakaaa..

sekian.

>Buletin utama hari ni 3 kali tersilap menyebut PPSMI menjadi PPMSI. mungkin skrip berita yg silap. Pada ms hdpn,Elakkan berlaku nya kesilapan kecil seperti ini wahai TV3.
> Micheal Phelps amek Marijuana??? hmm... hebat Jaguh Renang dari Amerika itu. beliau memg Jaguh Dunia

Sblm trus masuk ke topik utama, i nak ucapkan Te amo Roger. (Sori, terguna bhsa ibunda cik Rafa.wakaka).. Wlupn kalah, u memg tetap no 1 di hati i. Cuma, Rafa memg deserve it. Daya Ketahanan beliau sgt tebal.

Hari ni hari rabu, so turn rumah sukan c.s utk turun berlatih untuk sukan sekolah. Hari ni, tidak boleh TIDAK datang krna i dah ponteng last wednesday atas sebab2 tertentu yakni saya malas. Jadi utk tidak menjejaskan imej i, jadi i paksa diri i turun utk melatih pelajar2 petg ini. atas sbb2 tertentu, saya tiba lewat di sekolah pada pukul 4.15 petang. Ini kerana Housemate mak saya meminta utk saya ambil beliau di sekolah. jam 4.15 setiba di sekolah, saya berurusan dgn 2 orang peljr saya, mengenai biasiswa. selepas itu saja menuju ke kwsn kantin. smpi di kantin,
Cikgu M (bukan nama timangan), "balik la, hujan!"
Cikgu Santai (bkn nama sbnr), "iya!"
baru mo tunjuk rajin, keadaan tidak mengizinkan, ish ish. klu keadaan mengizinkan, sy pulak tunjuk malas..

About Me

My photo
Sabah, Malaysia
just an ordinary every day girl | likes to sleep. huhu | loves to read | a good listener Uwekkk ;p | friends she has, she keeps |

mari berkurapak


ShoutMix chat widget